Adakah Anda $GMI? Memperkenalkan Indeks Inovasi DeFi Bankless
Index Coop sedang dalam misi untuk memjadikan pelaburan kripto menjadi lebih mudah dan boleh diakses serta selamat untuk semua.
Bankless DAO pula mahu menjadi pengelola pergerakan bankless atau tanpa bank serta pemangkin pergerakan ini demi mencapai kebebasan kewangan yang lebih hebat di masa akan datang.
Kedua-dua DAO ini sekali lagi bekerjasama dalam membentuk Indeks Inovasi DeFi Bankless (GMI). GMI menawarkan kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja peluang untuk mendapatkan pendedahan pasif kepada aplikasi-aplikasi DeFi yang canggih.
Indeks Inovasi DeFi Bankless (GMI) mempergunakan strategi indeks untuk menawarkan pendedahan yang meluas juga pelbagai hanya dengan terwujudnya satu jenis token. Indeks ini akan diwakili oleh satu token ERC20 yang bercagar penuh dan akan tersedia untuk dibeli di Uniswap v3, TokenSets, & banyak lagi.
Di dalam pos ini, kita akan berkongsi:
Mengapa beli Indeks GMI?
Metodologi dan cara penyelenggaraan
Di mana GMI boleh dibeli semasa pelancaran (serta insentif!)
Mengapa Beli Indeks Inovasi DeFi Bankless?
Dengan mempelbagaikan komposisi awal kepada dua belas jenis token, GMI memperbolehkan pengguna untuk mengurangkan risiko apabila mahu mendapatkan pendedahan kepada pemula-pemula DeFi – di mana kebiasaanya adalah baru dan punya risiko, namun pada masa yang sama juga mempunyai peluang pulangan yang agak besar.
Satu perkara tambahan baru di dalam formulasi GMI kali ini adalah ianya memperbolehkan kemasukan token-token versi pembawa hasil atau yield-bearing. Sewaktu pelancaran, indeks ini akan menyertakan dan secara automatik juga ikut serta produktiviti gOMH (token tadbir urus atau governance yang bersifat pembawa hasil untuk Olympus Dao), di mana ianya juga menjana peratusan tahunan sebanyak lebih daripada 5,000%. Dalam jangkaan kami, lebih banyak komponen yang bersifat demikian akan disertakan dan diaktifkan di dalam GMI pada masa akan datang.
4 manfaat penting bila mana mengguna GMI:
Mudah – GMI menawarkan tetapkan-dan-lupakan (set-and-forget), pendedahan kepada inovasi DeFi kripto hanya dengan satu klik.
Pengurusan Risiko – Naik turun setiap individu aset kripto dapat dikurangkan dengan melabur di dalam indeks. Pengimbangan semula akan dilakukan dua kali sebulan agar penumpuan pada satu jenis kripto dapat dielakkan, namun tetap membiarkan si pemenang untuk terus berlari.
Keberkesanan Kos – Harga Gas dapat dikurangkan, pengimbangan semula yang bersifat keberkesanan cukai, dan hasil yang bersifat intrinsic.
Ketelusan – Indeks ini mengikut satu set peraturan yang telus dalam menilai token-token bila mana ianya mahu disertakan di dalam indeks atau pun sebaliknya.
Selanjutnya, untuk menawarkan kepada pengguna sekuriti yang terbaik dalam kelas bagi dana mereka, indeks GMI telah dibina dan diurus dengan menggunakan infrastruktur pengurusan aset Set Protocol yang telah diuji berkali-kali keberkesanannya.
Tambahan pula, perdagangan pengimbangan semula yang hanya akan berlaku di dalam lingkungan produk indeks itu sendiri dipercayai dapat melindungi pemegang-pemegangnya daripada peristiwa yang boeh menyebabkan cukai keuntungan modal dikenakan ke atas mereka (namun harap maklum sekiranya token indeks itu sendiri yang dijual dengan keuntungan, maka kebiasaanya cukai yang disebutkan tadi akan tetap dikenakan). Seperti indeks komposit Index Coop yang lain, yuran transaksi pengimbangan semula akan dikongsi oleh semua peserta, lantas memperbolehlan struktur yuran yang lebih rendah bagi setiap unit.
Metodologi GMI: Apa yang Perlu Anda Tahu
Indeks GMI berhasrat untuk mencapai persembahan yang optimal bagi pemegang token dengan menggunakan formula pemberat imbangan semula yang baru di mana ianya merupakan kombinasi punca kuasa dua permodalan pasaran, kecairan bursa terdesentralisasi relatif, dan kadar pelepasan token relatif. Di samping itu, GMI menawarkan pendedahan berterusan kepada inovasi DeFi melalui pelaksanaan sistem di mana token akan diberi ijazah berdasarkan kemasukannya di dalam produk flagship Index Coop iaitu DeFi Pulse Index (DPI), atau tempoh kemasukannya di dalam indeks tersebut (18 bulan). Tambahan lagi, GMI akan mempunyai langkah henti jurang untuk terus mengeluarkan jika ianya, atau aplikasi yang diwakilinya, menimbulkan atau membangunkan risiko keselamatan.
Indeks GMI menggunakan berat maksimum sebanyak 15% untuk setiap individu token, namun, ianya juga melakukan pengimbangan semula dwi-bulanan untuk memberikan token yang berjaya lebih landasan demi mencapai pulangan yang luar biasa. Ini berbeza jika mahu dibandingkan dengan pengimbangan semula tipikal yang dilakukan sebulan sekali sahaja.
Komposit GMI sewaktu Pelancaran:
Keperluan Pasaran
Permodalan Pasaran: > $30 juta, < $5 bilion
Pelan Hala Tuju yang memberi Keutamaan kepada Ethereum
Sesuai DeFi: Aplikasi atau protokol yang membantu dalam memudahkan pembentukan produk atau perkhidmatan kewangan seperti bursa, pinjam meminjam, derivatif, yield, dll. Dan bukannya aplikasi yang tidak bertemakan DeFi (sebagai contoh sistem bot penjaga, oracles, servis staking dll.)
Bukan Compound, Aave, atau token pasaran wang yang bercagarkan faedah
Aset tidak dikeluarkan secara sintetik
Aset tidak sama dengan yang wujud di DPI
Daya Tarikan: Relatif dengan kategori aplikasi
Keperluan Teknikal
Aset mesti mempunyai kecairan yang mencukupi untuk kemasukan awal dan pengimbangan semula
ERC20
Penyelanggaraan Indeks
GMI diselanggara setiap bulan dalam dua fasa:
Fasa Penentuan
Fasa penentuan dijalankan dwibulanan dan berlaku pada minggu keempat setiap bulan (fasa pertama akan berlangsung pada Januari 2022). Ia adalah fasa di mana perubahan yang diperlukan untuk penyusunan semula seterusnya ditentukan.
Fasa Penyusunan Semula
Selepas penerbitan hasil fasa penentuan, komposisi indeks akan berubah pada setiap hari Jumaat pertama bulan berikutnya. Ini akan berlaku apabila komponen akan ditambah atau dialih keluar.
Yuran
GMI akan mempunyai yuran sebanyak 1.95% (195 mata asas). Hasil yang dijana daripada yuran tersebut akan dibahagikan 40% kepada Bankless DAO dan 60% kepada Index Coop.
Bagaimana Cara Membeli GMI
Semasa pelancaran, GMI boleh dibeli daripada beberapa tempat, ini termasuk:
Pembelian di Ethereum:
Pembelian di Polygon:
Uniswap v3 (jumlah yang lebih besar cth. > $1,000 boleh menyebabkan kegelinciran yang tinggi)
Langsung ke https://app.uniswap.org/#/swap
Sambung ke rangkaian Polygon
Tambahkan alamat kontrak Polygon GMI di ruang swap: (0x7fb27ee135db455de5ab1ccec66a24cbc82e712d)
Peringatan: Jika anda membeli dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit Dharma (Pengguna baru dari Amerika yang menggunakan pautan ini akan mendapatkan ETH berjumlah $50 apabila membeli GMI sebanyak sekurang-kurangnya $500)
Penempaan
Dalam kes kegelinciran yang tinggi apabila berlakunya dagangan besar di DEX, anda boleh menempa dengan menggunakan TokenSets untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Panduan penempaan ada di pautan ini.
Insentif
Menambah Kecairan
GMI memerlukan kecairan! Daripada bergantung pada program perlombongan kecairan atau liquidity mining yang tradisional, GMI sedang menguji pendekatan baru di samping menawarkan beberapa insentif yang unik.
Yang pertama, sesiapa sahaja yang menyediakan kecairan di Uniswap V3 untuk pasangan GMI/ETH, mereka akan memperolehi 50% daripada yuran indeks selama 60 hari. Untuk layak menerima ganjaran ini, mereka perlu menyediakan kecairan selama 60 hari penuh.
Di samping itu, kami juga menyediakan program insentif untuk 20 pembekal kecairan teratas!
Nota: Sementara yuran yang diperolehi itu insentif yang bagus, jangan pula anda memberi diskaun untuk yuran dagangan apabila anda menjadi pembekal kecairan atau LP di Uniswap v3!
Produk-produk Index Coop telah mempersembahkan peratusan hasil tahunan (APY) yang menakjubkan hanya dari yuran dagangan. DPI/ETH dapat memberi hasil tahunan sehingga 20% manakala ETH2x-FLI pula sehingga 50% bergantung pada julat yang ditetapkan anda!
Mana-mana 🐳 LP[1] (pembekal kecairan yang banyak sekali) yang mana kedudukan mereka di dalam membekalkan kecairan merupakan 20 yang teratas, mereka berpeluang untuk memenangi $INDEX berjumlah $25,000 dan menuntut untuk mendapatkan hoodie elit GMI ini. Parameter yang sama ditetapkan seperti insentif untuk mendapatkan 50% daripada yuran indeks: Mereka perlu menyediakan kecairan selama 60 hari. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk melayakkan diri anda!
Program ini akan tamat pada 8 Mac jam 12 malam PST, ini bermakna anda hanya mempunyai beberapa jam sahaja lagi untuk melayakkan diri demi mendapat ganjaran yang disebutkan di atas.
Sesiapa yang sempat melayakkan diri namun memutuskan untuk mengalih keluar kecairannya pada bila-bila masa sebelum 7 Mac, kelayakan mereka akan ditarik balik lantas terkeluar daripada kumpulan yang akan menerima ganjaran. Sertai sekarang!
Staking cuma GMI
📅 Staking GMI akan bersiaran langsung pada 10 Januari jam 12 malam PST. Anda boleh menemuinya di sini.
Biar pun menyediakan kecairan itu pengting, dan yuran dagangannya boleh tampak lumayan semasa isi padunya begitu tinggi, GMI juga akan melancarkan kontrak staking cuma $GMI di mana pengguna dapat memperolehi $INDEX dengan melakukannya.
Index Coop telah memperuntukkan sebanyak 18,750 $INDEX untuk program staking ini yang mana juga akan berjalan selama 60 hari. Bulan pertama akan memperlihatkan sebanyak 12,500 $INDEX akan diagih, manakala bulan berikutnya sebanyak 6,250 $INDEX.
Secara keseluruhan, ini akan membawa kepada jumlah ganjaran sebanyak $350,000 sepanjang program 60 hari ini. Peratusan hasil tahunan atau APY akan berubah-ubah berdasarkan jumlah GMI yang dilakukan staking pada kontrak ini, maka nantikannya!
Bagaimana Cara untuk Stake GMI
Jika anda berminat untuk ikut serta program staking ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut.
Dapatkan $GMI daripada Uniswap atau melalui penempaan
Langsung ke Muka Index Liquidity Mining
Apabila ianya sudah berlangsung pada hari Isnin, 10 Januari, anda akan mendapati pilihan untuk stake GMI. Klik “stake” dan mengesahkan kesemua transaksi di dompet anda.
Apabila sudah diluluskan, anda boleh melakukan deposit dan mula untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk $INDEX!
Untuk maklumat lanjut berkenaan Index Coop, sila ke:
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bankless DAO, sila ke:
Discord | Surat Berita | Twitter | Laman Web
(Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asal yang bertajuk: Are You $GMI? Introducing the Bankless DeFi Innovation Index)
[1] Whales yakni ikan paus merupakan mereka yang mempunyai sesuatu token atau membekalkan kecairan dengan jumlah yang banyak sekali. Kebiasaanya pergerakan jual beli mereka boleh menyebabkan pergerakan naik turun yang ketara pada sesebuah token atau kecairan.